JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Isnin, 29 November 2010

FORD KEMBALI LANCARKAN MODEL CAPRI PADA 2012...!!!

Capri - Adalah nama yang digunakan oleh Ford untuk tiga model generasi yang berbeza iaitu pada di antara tahun 1961-1964, 1969-1986, dan 1989-1994.


Sekarang, perusahaan asal Amerika tersebut berencana untuk melahirkan kembali nama Capri. Dalam perancangan merayakan HUT ke-40 Capri, Ford akan membawa model konsep yang akan diikuti oleh versi produksi pada tahun 2012.
"Rencana kami adalah untuk selalu membuat produk line-up Ford kerana ia mampu membawa kejayaan dan sekarang kita akan lakukannya. Kita dapat mulai membuat produk yang lebih menarik dan kami akan menunjukkan bagaimana kita akan melakukan hal ini di Detroit,” kata Ketua Rekabentuk Ford Martin Smith.
 
Model yang menggunakan platform Ford Focus ini diharapkan juga akan hadir dalam versi convertible. Menurut rencana, model tersebut akan tampil pada gelaran Detroit Auto Show pada tahun hadapan.
 
Untuk bahagian luaran, Capri akan menggunakan rekaan yang sekilas mirip Ford Focus dengan dua pintu dan penampilan yang lebih sporty.
 
Dibandingkan dengan Focus ST, Capri akan menampilkan interior yang lebih sporty. Dengan menggunakan kerusi yang bergaya sport dan dilapisi Kulit. Bukan setakat itu saja, Capri  juga menggunakan steering sport, dan menyisipkan beberapa unsur aluminium agar membuatkan penampilannya semakin berbeza.
 
Di bawah but enjin, Ford akan menempatkan EcoBoost turbocharged 2.0-liter berbahan bakar gasolin yang akan memberikan tenaga hingga 247 HP. 
Tenaga sebesar itu cukup untuk membuatkan Capri melakukan pecutan dari 0 hingga 60 mph dalam waktu sekitar 6 saat dan dapat untuk mencapai kelajuan tertinggi sehingga 155 mph...!!!...(dalam kiraan batu tu joo...bukan km/h)
Capri akan menghadapi pesaingnya seperti Volkswagen Scirocco dan Renault Megane coupe. Scirocco ditawarkan dalam tiga pilihan enjin turbo yang memiliki tenaga dengan putaran 120-200 HP, sedangkan Megane Coupe dilengkapi dengan pelbagai enjin turbo yang dianggarkan antara 140-180 HP.
Ford akan membawa konsep versi pertama dari Capri pada tahun 2011 di Detroit Auto Show. Sebuah versi produksi akan menyusul pada tahun 2012 dan anggaran harga akan mulai dijual dari 30 ribu poundsterling.
 
MORAL UNTUK AKU : Aku memang minat kereta bentuk sport macam ni tapi apasal aku tak dapat membelinya...?...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan