JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Khamis, 25 November 2010

DINOSAUR PTEROSAURUS TERBANG SEPERTI PESAWAT...!!!

Para pengkaji menyatakan bahawa Pterosaurus (jenis dinosaur burung) secara aerodinamik terbang seperti pesawat terbang.

Reptilia tersebut yang hidup di zaman dinosaur, termasuk dalam kelompok spesies yang memiliki ukuran yang sama dengan pesawat berukuran kecil. Demikian seperti yang direncanakan dari Telegraph.

Para pengkaji membuat model sayap yang berukuran sama dengan fosil Pterosaurus dan mengujikannya pada terowong angin. Mereka menemui bahawa Pterosaurus akan menjadi terlalu lambat dan fleksibel apabila mereka menentang angin kencang, sebagaimana burung Albatros lakukan di lautan hari ini.

Penerbangan yang lambat dari Pterosaurus ini serta geometrik yang beragam pada sayapnya, membolehkan mereka mendarat ke tanah dengan lembut setelah melakukan penerbangan, menghindari kemungkinan cederanya tulang mereka yang nipis. Hal ini juga menjelaskan mengapa mahkluk sebesar mereka mampu terbang di udara.

Penelitian, yang diterbitkan di jurnal Proceeding of the Royal Society B, menunjukkan bahawa Pterosaurus tidak se-aerodinamik layaknya burung moden.

"Sayap Pterosaurus beradaptasi pada penerbangan kelajuan rendah. Hal ini berbeza dengan dinamik penerbangan laut yang dilakukan oleh burung-burung laut masa kini, yang membolehkan penerbangan kelajuan tinggi dengan efesiensi aerodinamik," ujar Collin Palmer, pensyarah dari University of Bristol.

"Kerana tulang dari Pterosaurus sangat tipis dan sangat sensitif terhadap kecederaan, kemampuan mendarat dengan kelajuan rendah adalah sangat penting untuk menghindari kecederaan," kata Palmer.

"Lalu kerana sayapnya yang lebar pula, Pterosaurus sangat sensitif terhadap angin yang kuat, baik di udara mahupun di darat, sama seperti yang dialami oleh para penggemar olahraga terbang layang," tambah Palmer.

MORAL UNTUK AKU : Janganla korang anggap Pterosaurus bisa terbang seperti JET SUKHOI pulak...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan