JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 30 November 2010

DINOSAUR BERUKURAN ZIRAFAH MAMPU TERBANG LINTAS BENUA...!!!

Para peneliti telah menemukan bahawa seekor dinosaur yang berukuran sebesar zirafah dapat terbang sejauh beribu-ribu batu.

Dr Mark Witton, seorang paleontologi dari University of Portsmouth dan Dr Michael Habib dari Chatham University, AS, telah menemukan pterosaurus, sejenis dinosaur terbang yang berukuran sebesar zirafah dapat terbang sejauh ribuan batu jaraknya. Dinosaur tersebut terbang menggunakan otot kaki mereka dan lengan untuk mendorong mereka dari permukaan tanah. Demikian seperti yang ditulis dari Telegraph.

Apabila Pterosaurus ini terbang, mereka dapat melakukan perjalanan sejauh ribuan batu jaraknya dan boleh melintasi benua, ujar para ilmuwan tersebut. Dr Witton mengatakan, kebanyakan burung terbang dengan berlari terlebih dahulu untuk meningkatkan kelajuannya.

Teori sebelumnya menyebutkan bahawa pterosaurus raksasa yang terlalu besar dan berat untuk melakukan pergerakan-pergerakan selama terbang, akan tetapi makhluk-makhluk ini bukanlah burung, mereka adalah reptilia terbang dengan struktur kerangka, sayap dan binaan otot yang berbeza," kata Dr.Witton. "Pterosaurus terbang dengan cara yang berbeza dengan burung biasa,"

Penelitian dari Dr Witton dan Habib ini diterbitkan di jurnal Public Library of Science, untuk menyangkal bahawa teori bahawa pterosaurus itu terlalu berat untuk terbang seperti burung. Akan tetapi Dr.Witton dan Habib menyatakan bahawa dengan otot depan di atas 50 kilogram akan dapat membuatkan dinosaur ini dengan mudah terbang ke angkasa, meskipun tubuh mereka berat dan besar.

Dr Habib menambahkan, para ilmuwan selama beberapa dekad telah berusaha untuk mengetahui mengapa mahkluk sebesar pterosaurus mampu terbang. "Pterosaurus terbang dengan menggunakan lengan mereka sebagai pendorong untuk melakukan penerbangan. "Hal inilah yang menjelaskan bagaimana pterosaurus menjadi binatang terbang terbesar yang pernah ada,"

Dengan menggunakan fosil yang berukuran 65 juta tahun ini, para ilmuwan mengestimasi dan mengukur berat dan ukuran tulang, untuk memperkirakan cara terbang dari pterosaurus ini.

"Pterosaurus memiliki kerangka yang kuat, untuk ukuran berat, dinosaur jenis ini mungkin struktur tulangnya adalah yang paling kuat. Tidak seperti burung yang mana sayapnya semakin melemah ketika mereka tumbuh dewasa, pterosaurus malah kebalikannya, mereka semakin dewasa semakin kuat sayapnya. Ketika dewasa, Pterosaurus makin bertambah kuat otot mereka,"

MORAL UNTUK AKU : Mungkin ibaratnya Pterosaurus ni macam kapal terbang Air-Force One la kot...ye tak...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan