JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 23 November 2010

HONDA BRIO - Model Termurah Dari HONDA...!!!

BANGKOK- Sebelum tampil secara umum di Thailand Motor Show 2010 kewujudan model kecil Honda terjawab sudah. Model ini disebut-sebut akan diberi nama Brio.

Honda Brio akan mula dilancarkan semasa Thailand Motor Show 2010, 30 November ini. Model yang cukup comel dan cantik itu akan menggunakan enjin Jazz 1.200 cc. Tetapi ada pula yang menggunakan enjin berkapasiti 1.000 cc.

Walaupun baru muncul akhir bulan ini, tetapi Autoesporte telah berjaya mendapatkan wajah sebenar Honda Brio tersebut. Rekabentuknya lebih mirip dengan prototype Honda Small Concept yang dipamerkan pada New Delhi Auto Show 2010 dan Indonesia International Motor Show (IIMS) 2010.

Bentuk lampu depannya lebih meruncing dan futuristik. Gril dan front bumper juga dibuat dengan tarikan garis-garis halus yang membulat.
 

Pemegang pintu untuk penumpang belakang diletakkan pada pilar C. Rekabentuk untuk cermin tepi juga mengerucut dibahagian belakang. Namun bumbungnya tetap tinggi yang membolehkan orang dewasa duduk dengan selesa semasa berada didalam kabin model tersebut.

Pada bahagian belakang pula, rearlamp adalah seperti diinspirasikan dari rekaan CR-Z yang futuristik. Namun rear bumper dan pintu bagasi belakang masih lagi ada iras-iras seperti rekaan Honda Jazz.
 

Khabarnya model ini akan hadir di India dan Thailand dan akan menjadi model termurah yang diimport secara CBU dari Jepun.

MORAL UNTUK AKU : Kalau di Malaysia jangan harap model ini akan jadi murah.Hahahakuketawa...!!!

1 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

ken berkata...

oh new honda! :)

Catat Ulasan