JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 23 November 2010

AUDI RS3 : Berkuasa Setanding R8...!!!

JERMAN- Setelah beberapa lama membiarkan khabar angin yang bertiup tentang pelancaran hatchback terbaru sebagai pengganti kepada Audi A3 terus menjadi bahan pembicaraan, kini khabar angin tersebut telah menjadi kenyataan.

Ini adalah kerana, seperti yang dipetik oleh berita dari Autoexpress, Isnin (22/11/2010), Audi dikhabarkan telah secara rasmi mengeluarkan model hatchback terbaru, yang bernama RS3 Sportback. Model ini menurut rencana akan segera diedarkan kesemua pengedar pada awal tahun 2011.


Model terbaru keluaran produksi asal Jerman tersebut menggunakan enjin turbocharged berkapasiti 2.500 cc lima silinder, yang dipinjam dari Audi TT RS, sehingga mampu menghamburkan tenaga sebesar 340 hp dan tork setinggi 450 Nm.


Hebatnya, tenaga tersebut dapat dicapai pada saat jarum indikator putaran enjin berada di posisi 1.600 rpm


Saingan dari BMW 1 series coupe ini dikendalikan oleh transmisi S-Tronic tujuh transmisi, tenaga yang dihasilkan oleh enjin tersebut dapat mendorong model tersebut mencapai kelajuan yang dikehendaki sambil dibantu oleh system all-wheel drive quattro permanent.


Dengan kuasa tork dan tenaga sebesar itu, RS3 mampu mencapai kelajuan tertinggi yang dibatasi secara elektronik hingga 250 km/jam.  Tidak hanya itu, model tersebut mampu melakukan sprint dari 0 km/j hingga 100 km/jam hanya dalam waktu 4.6 saat. Audi mengklasifikasikan kemampuan sprint tersebut setara dengan supercar R8 berenjin Audi V8.


Untuk menggimbangi tenaga yang telah meningkat, model tersebut telah menerima beberapa modifikasi untuk komponen lain juga.


Seperti menggunakan suspensi strut McPherson untuk suspensi depan, selain itu ekzos dan peredam bunyi direka ulang dan menggunakan ekzos berventilasi. RS3 baru akan tersedia dalam lima pilihan warna pilihan, dan menggunakan rim sport aluminium berukuran 19 inci serta dilengkapi dengan tayar berukuran 235/35 di depan dan 225 / 35 di belakang.


Model tersebut juga dilengkapi dengan tombol Sport sebagai perlengkap aksesori standard, sensor parkir dibahagian belakang, kawalan suhu, dan lampu depan jenis xenon ditambah pula dengan lampu LED daytime running. Pada bahagian interior, logo RS3 menghiasi tempat duduk sport yang dibalut kulit Nappa, serta menggunakan roda steering rekaan racing yang juga dibalut bahan kulit.


Audi mengatakan, RS3 ini akan dapat segera dipesan mulai pertengahan Disember dengan harga sekitar USD68,220.

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan