JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 30 November 2010

ASTRONOMI TANGKAP "NYANYIAN" BINTANG...!!!

Para pengkaji telah berjaya menangkap 'lagu' dari bintang, sebagai sebahagian dari pengetahuan terkini untuk mengetahui apa yang ada di permukaannya.

Ahli astrofizik dari University of Birmingham dan para pengkaji sedang bekerja dengan NASA untuk mengukur perubahan kecemerlangan cahaya dari bintang KIC 11026764, yang diberi nama Gemma dan berukuran sekitar dua kali ganda matahari.

Bintang Gemma, yang berjarak sekitar 3,100 trilion batu dari Bumi, bergetar seperti sebuah alat muzik yang disebut sebagai 'goyang-bintang', yang beresonansi dari permukaan sampai ke isipadunya. Suara dari bintang tersebut terdengar seperti angin yang bertiup di sebuah mikrofon.

"Bintang-bintang tersebut beresonansi seperti sebuah instrument muzik raksasa. Bintang-bintang itu membuat suara secara alami tapi kita tidak boleh mendengarnya kerana harus ke luar angkasa dahulu," jelas Dr. Bill Chaplin, seorang astroseismologi di Birmingham University yang mengambil bahagian dari penelitian tersebut.

"Seperti sebuah instrument muzik, struktur dari bintang itu tidak terlalu padat sampai ke isinya, oleh itu suara-suara tersebut terperangkap di dalam lapisan luar dan bergema-gema di sekitar dalamannya," jelasnya.

Chaplin mengatakan bahawa getaran-getaran ini mungkin dapat membantu para astronomi untuk mempelajari lebih mendalam mengenai usia, ukuran dan komposisi bintang-bintang lainnya.

Penelitian ini dilakukan enam bulan setelah para pengkaji di Shefield University merakamkan harmoni muzikal yang menakutkan dari permukaan matahari. Dr. Chaplin bekerja dengan pasukan pengkaji antarabangsa dengan menggunakan data yang ditangkap oleh teleskop angkasa Kepler milik NASA, untuk mencari planet-planet yang mengorbit di galaksi kita.

Para pengkaji menemukan bahawa mereka dapat juga menggunakan teleskop untuk meneliti perubahan-perubahan kecemerlangan bintang yang disebabkan oleh goyangan-goyangan tersebut.

Seperti halnya cello yang menghasilkan nada yang lebih rendah dari biola, bintang yang lebih besar juga menghasilkan getaran frekuensi yang lebih rendah, membuat para ilmuwan boleh mengukur ukuran dari sebuah bintang. Para ilmuwan juga boleh menggali informasi mengenai komposisi dari sebuah bintang dan apa jua struktur internal yang membuat getaran suara itu terjadi.

Dengan menggunakan method-method pengukuran ini, para ilmuwan memperkirakan bahawa bintang Gemma berusia lebih dari 5.94 million tahun atau sekitar satu million tahun lebih tua dari matahari kita. Bintang tersebut telah tumbuh dua kali ganda dari matahari kita dan akan terus tumbuh menjadi sebuah bintang merah raksasa, petanda ia sebuah bintang yang akan mati.

"Kini kita memasuki wilayah baru dari astrofizik perbintangan," ujar Thomas Kallinger, pimpinan penulis dari pembelajaran mengenai bintang merah raksasa, dari University of British Columbia.

"Teleskop bintang Kepler menyediakan kita data yang akan mengubah pandangan kita mengenai bintang-bintang," tambah Kallinger.

MORAL UNTUK AKU : Macam manala agaknya "pitching" suara bintang-bintang tu masa menyanyi nada tinggi...hahahakuketawa...!!!

0 Korang Belasah Je Nak Cakap Apapun:

Catat Ulasan