JADILAH SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG SUKA KETAWA...!!!

Selasa, 30 November 2010

ASTRONOMI TANGKAP "NYANYIAN" BINTANG...!!!

Para pengkaji telah berjaya menangkap 'lagu' dari bintang, sebagai sebahagian dari pengetahuan terkini untuk mengetahui apa yang ada di permukaannya.

Ahli astrofizik dari University of Birmingham dan para pengkaji sedang bekerja dengan NASA untuk mengukur perubahan kecemerlangan cahaya dari bintang KIC 11026764, yang diberi nama Gemma dan berukuran sekitar dua kali ganda matahari.

Bintang Gemma, yang berjarak sekitar 3,100 trilion batu dari Bumi, bergetar seperti sebuah alat muzik yang disebut sebagai 'goyang-bintang', yang beresonansi dari permukaan sampai ke isipadunya. Suara dari bintang tersebut terdengar seperti angin yang bertiup di sebuah mikrofon.

"Bintang-bintang tersebut beresonansi seperti sebuah instrument muzik raksasa. Bintang-bintang itu membuat suara secara alami tapi kita tidak boleh mendengarnya kerana harus ke luar angkasa dahulu," jelas Dr. Bill Chaplin, seorang astroseismologi di Birmingham University yang mengambil bahagian dari penelitian tersebut.

"Seperti sebuah instrument muzik, struktur dari bintang itu tidak terlalu padat sampai ke isinya, oleh itu suara-suara tersebut terperangkap di dalam lapisan luar dan bergema-gema di sekitar dalamannya," jelasnya.

Chaplin mengatakan bahawa getaran-getaran ini mungkin dapat membantu para astronomi untuk mempelajari lebih mendalam mengenai usia, ukuran dan komposisi bintang-bintang lainnya.

Penelitian ini dilakukan enam bulan setelah para pengkaji di Shefield University merakamkan harmoni muzikal yang menakutkan dari permukaan matahari. Dr. Chaplin bekerja dengan pasukan pengkaji antarabangsa dengan menggunakan data yang ditangkap oleh teleskop angkasa Kepler milik NASA, untuk mencari planet-planet yang mengorbit di galaksi kita.

Para pengkaji menemukan bahawa mereka dapat juga menggunakan teleskop untuk meneliti perubahan-perubahan kecemerlangan bintang yang disebabkan oleh goyangan-goyangan tersebut.

Seperti halnya cello yang menghasilkan nada yang lebih rendah dari biola, bintang yang lebih besar juga menghasilkan getaran frekuensi yang lebih rendah, membuat para ilmuwan boleh mengukur ukuran dari sebuah bintang. Para ilmuwan juga boleh menggali informasi mengenai komposisi dari sebuah bintang dan apa jua struktur internal yang membuat getaran suara itu terjadi.

Dengan menggunakan method-method pengukuran ini, para ilmuwan memperkirakan bahawa bintang Gemma berusia lebih dari 5.94 million tahun atau sekitar satu million tahun lebih tua dari matahari kita. Bintang tersebut telah tumbuh dua kali ganda dari matahari kita dan akan terus tumbuh menjadi sebuah bintang merah raksasa, petanda ia sebuah bintang yang akan mati.

"Kini kita memasuki wilayah baru dari astrofizik perbintangan," ujar Thomas Kallinger, pimpinan penulis dari pembelajaran mengenai bintang merah raksasa, dari University of British Columbia.

"Teleskop bintang Kepler menyediakan kita data yang akan mengubah pandangan kita mengenai bintang-bintang," tambah Kallinger.

MORAL UNTUK AKU : Macam manala agaknya "pitching" suara bintang-bintang tu masa menyanyi nada tinggi...hahahakuketawa...!!!

NSX MODEL BARU AKAN MUNCUL 2014...!!!

NSX Hybrid
Pada tahun 1991, ACURA adalah salah satu division dari Honda, sempat mengejutkan dunia sebagai mobil eksotik dengan pengenalan supercar NSX. Ini dibuat untuk menyaingi Ferrari 328.

Namun, kenangan yang indah tersebut tidak dapat bertahan selamanya. Akhirnya pada tahun 2005 NSX dihentikan produksinya kerana penjualannya yang terus merosot.
Pada awalnya generasi terbaru NSX diyakini akan muncul pada 2009, tetapi krisis ekonomi yang telah melanda berbagai-bagai negara menyukarkan perancangan tersebut. Tetapi keinginan Honda untuk membuat semula versi terbaru dari NSX nampaknya muncul kembali.

Seperti dipetik dari Topspeed, model dua pintu tersebut diharapkan akan dapat dijual pada 2014 akan datang. Sayangnya, tidak banyak yang dapat dibongkar pada penampilan NSX masa depan tersebut.

Tetapi NSX akan menampilkan bentuk yang terdiri dari panel serat karbon melalui kerangka yang dibuat dari aluminium. Untuk sektor sumber tenaga, dengar khabar bahawa enjin yang akan digunakan NSX adalah V10 berkapasiti 4,500 cc yang dapat memproduksikan tenaga sebesar 550 Hp.

Namun khabar yang lainya menyebutkan, NSX akan menggunakan enjin V6 berkapasiti 3,500 cc yang akan memberikan tenaga sehingga 400 HP dengan kombinasi motor elektrik.

NSX berkemungkinan besar juga akan ditawarkan dalam versi supercharged dan digabungkan dengan sistem SH - AWD (Super Handling All-Wheel Drive).
Sistem SH-AWD dapat bekerja sebagai kawalan distributor antara roda depan dan belakang. Dengan distributor jenis tork independent, yang diatur dari roda belakang kiri dan kanan untuk bebas mengeluarkan jumlah tork optimal kepada keempat-empat roda sesuai dengan kondisi pacuannya.

Dengan menggunakan enjin tersebut, diharapkan NSX dapat melakukan pecutan dari 0 hingga 60 mph dalam masa kurang dari 3.8 saat dan mencapai kelajuan maksima sehingga 200 mph.

Generasi baru Acura NSX ini diharapkan dapat mulai dijual pada 2014 dengan harga lebih dari USD150,000. Tetapi belum diketahui apakah NSX akan muncul sebagai Acura atau Honda, kita tunggu sahaja nanti.
   

LELAKI Berjari Manis Panjang Adalah Calon Jadi KAYA...!!!

Jika seseorang memiliki jari manis yang lebih panjang berbanding jari yang lainnya, kemungkinan besar ia adalah calon orang kaya di masa hadapan. Sebuah kajian telah menyimpulkan hal ini.

Kajian yang dilakukan oleh Concordia University di Canada telah melakukan perbandingan terhadap 415 orang laki-laki dan perempuan. Mereka membandingkan ukuran panjang jari dengan perbezaan personaliti seseorang.

Kesimpulannya, laki-laki dengan ukuran jari manis yang lebih panjang, khususnya jika dibandingkan dengan panjang jari telunjuk, akan memiliki kemampuan mencari wang yang lebih besar kerana sifat 'work hard play hard' yang dimiliki.

"Lelaki dengan jari manis yang lebih panjang tidak mudah mengatakan 'tidak', baik untuk memutuskan soal kewangan mahupun memenangkan hati seorang wanita," ujar peneliti, Eric Sternstorm.

Di sisi lain, wanita yang menginginkan lelaki 'biasa' harus memilih lelaki dengan ukuran jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari lainnya. Ini kerana lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang cenderung mengambil langkah 'selamat', tidak mahu terlalu berisiko, bahkan cenderung membosankan.

Para peneliti menemukan jika tingkat testosteron telah memberikan pengaruh pada ukuran jari lelaki. Lelaki dengan ukuran jari manis panjang memiliki kadar testosteron yang tinggi dan cenderung mendominasi. Lelaki seperti ini mampu mengambil risiko yang besar sekalipun dan memiliki kehendak yang kuat untuk menang.

"Lelaki seperti inilah yang dicari oleh para wanita kerana memiliki kesan sihat, kaya dan tegas. Penemuan kami sangat erat kaitannya dengan kadar testosteron yang tinggi dan lelaki seperti ini tidak memikirkan risiko apapun dalam tiga hal, iaitu hiburan, sosial dan kewangan," ujar Sternstorm.

MORAL UNTUK AKU : Tapi apasal jari manis aku panjang tetap aku tak kaya-kaya ha...???...hahahakuketawa...!!!

WANITA PEROKOK BERISIKO LAHIRKAN ANAK NAKAL...???

Kebiasaannya merokok pada saat wanita sedang hamil bukan hanya membahayakan kesihatan sahaja tetapi juga berisiko bagi perkembangan anak.

Seorang ibu hamil yang menghabiskan sekotak rokok untuk satu hari ketika hamil berisiko melahirkan anak-anak yang di masa depan boleh terlibat dengan kelakuan agresif. Demikian dipetik dari Straits Times.

Boleh percaya atau tidak? Menurut penelitian yang dilakukan oleh Angela Paradis dari Harvard School of Public Health, anak yang dilahirkan ibu perokok sangat terhubung dengan kesihatan mental. Peneliti melihat perkara ini, tidak terhad untuk hanya anak laki-laki, tapi bila yang dilahirkan anak perempuan, maka perkembangannya pun boleh terganggu.

Penelitian dilakukan dengan menganalisa data catatan agresif dan responden kesihatan dari 4,000 warga Amerika berusia 33 hingga 40 tahun.

Penelitian juga mencatatkan data mengenai kebiasaan merokok dari para ibu, yang terdaftar dalam kajian antara 1959 hingga 1966. 30 peratus anak-anak yang ibunya merokok kepada lebih kurang 20 batang rokok untuk sehari akan lebih dekat dengan catatan agresif.

[ GOOGLE ] - MAMPU MEROSAKKAN OTAK...!!!

Google sebenarnya mampu merosakkan otak kepada para penggunanya dengan menawarkan banyak bantuan dalam memecahkan masalah, ulas seorang penulis.

"Fungsi utama dari search-engine adalah untuk menyediakan kepada kita informasi segera, yang bererti orang-orang akan kehilangan kapasiti untuk menyimpan informasi," ujar Nicolas Carr, penulis dari buku 'The Shallows: What the internet is Doing to Our Brains', seperti yang dipetik dari Telegraph.

Penulis buku tersebut mengklasifikasikan bahawa Google telah meragut kemampuan dari otak kita. Dia juga mengatakan kepada BBC bahawa salah satu impak dari internet adalah kini orang-orang semakin sukar untuk berkonsentrasi, contohnya ketika membaca sebuah buku.

Nicolas Carr, berkata bahawa untuk mengembangkan konsentrasi untuk manusia, seharusnya kemudahan seperti Google harus dibuat lebih sukar untuk digunakan, sebuah teori yang berlawanan dengan para pembuat software yang bersaing untuk membuat program mereka menjadi lebih mudah. Komentar dari Carr tersebut dilontarkan tidak lama setelah Google meluncurkan Google Instant.

"Dalam banyak cara, saya sangat mengagumi Google, tetapi saya berfikir bahawa mereka memiliki pandangan yang berbeza mengenai cara bagaimana kita harus menggunakan fikiran kita," ujar Carr.

Nicolas Carr menambahkan bahawa navigasi satelit bererti orang-orang akan dapat melupakan jalur yang mereka browse sebelumnya. Dia mengatakan bahawa ruang bahagian otak yang menyimpan memori visual akan digantikan oleh alat 'GPS'.

Sementara itu jurucakap dari pihak Google berkata bahawa pencarian di internet sekarang sudah menjadi bahagian penting dari kehidupan masyarakat. Pengguna internet ingin menemukan jawapan yang cepat atas pertanyaan-pertanyaan mereka.

"Semakin cepat kita mampu mencarikan informasi yang masyarakat inginkan, semakin banyak waktu pula yang mereka boleh lakukan untuk hal lain. Yang ada di fikiran kita, kami akan terus berusaha untuk membuat hidup dari para pengguna menjadi lebih mudah, dengan membuat search-engine kami lebih cepat dan mendapat hasil relevan dari yang dicari oleh para pengguna," tambah pihak Google.

MORAL UNTUK AKU : Patutla otak aku skang rasa makin lama makin 'blur' je...hahahakuketawa...!!!

DINOSAUR BERUKURAN ZIRAFAH MAMPU TERBANG LINTAS BENUA...!!!

Para peneliti telah menemukan bahawa seekor dinosaur yang berukuran sebesar zirafah dapat terbang sejauh beribu-ribu batu.

Dr Mark Witton, seorang paleontologi dari University of Portsmouth dan Dr Michael Habib dari Chatham University, AS, telah menemukan pterosaurus, sejenis dinosaur terbang yang berukuran sebesar zirafah dapat terbang sejauh ribuan batu jaraknya. Dinosaur tersebut terbang menggunakan otot kaki mereka dan lengan untuk mendorong mereka dari permukaan tanah. Demikian seperti yang ditulis dari Telegraph.

Apabila Pterosaurus ini terbang, mereka dapat melakukan perjalanan sejauh ribuan batu jaraknya dan boleh melintasi benua, ujar para ilmuwan tersebut. Dr Witton mengatakan, kebanyakan burung terbang dengan berlari terlebih dahulu untuk meningkatkan kelajuannya.

Teori sebelumnya menyebutkan bahawa pterosaurus raksasa yang terlalu besar dan berat untuk melakukan pergerakan-pergerakan selama terbang, akan tetapi makhluk-makhluk ini bukanlah burung, mereka adalah reptilia terbang dengan struktur kerangka, sayap dan binaan otot yang berbeza," kata Dr.Witton. "Pterosaurus terbang dengan cara yang berbeza dengan burung biasa,"

Penelitian dari Dr Witton dan Habib ini diterbitkan di jurnal Public Library of Science, untuk menyangkal bahawa teori bahawa pterosaurus itu terlalu berat untuk terbang seperti burung. Akan tetapi Dr.Witton dan Habib menyatakan bahawa dengan otot depan di atas 50 kilogram akan dapat membuatkan dinosaur ini dengan mudah terbang ke angkasa, meskipun tubuh mereka berat dan besar.

Dr Habib menambahkan, para ilmuwan selama beberapa dekad telah berusaha untuk mengetahui mengapa mahkluk sebesar pterosaurus mampu terbang. "Pterosaurus terbang dengan menggunakan lengan mereka sebagai pendorong untuk melakukan penerbangan. "Hal inilah yang menjelaskan bagaimana pterosaurus menjadi binatang terbang terbesar yang pernah ada,"

Dengan menggunakan fosil yang berukuran 65 juta tahun ini, para ilmuwan mengestimasi dan mengukur berat dan ukuran tulang, untuk memperkirakan cara terbang dari pterosaurus ini.

"Pterosaurus memiliki kerangka yang kuat, untuk ukuran berat, dinosaur jenis ini mungkin struktur tulangnya adalah yang paling kuat. Tidak seperti burung yang mana sayapnya semakin melemah ketika mereka tumbuh dewasa, pterosaurus malah kebalikannya, mereka semakin dewasa semakin kuat sayapnya. Ketika dewasa, Pterosaurus makin bertambah kuat otot mereka,"

MORAL UNTUK AKU : Mungkin ibaratnya Pterosaurus ni macam kapal terbang Air-Force One la kot...ye tak...hahahakuketawa...!!!

Isnin, 29 November 2010

FORD KEMBALI LANCARKAN MODEL CAPRI PADA 2012...!!!

Capri - Adalah nama yang digunakan oleh Ford untuk tiga model generasi yang berbeza iaitu pada di antara tahun 1961-1964, 1969-1986, dan 1989-1994.


Sekarang, perusahaan asal Amerika tersebut berencana untuk melahirkan kembali nama Capri. Dalam perancangan merayakan HUT ke-40 Capri, Ford akan membawa model konsep yang akan diikuti oleh versi produksi pada tahun 2012.
"Rencana kami adalah untuk selalu membuat produk line-up Ford kerana ia mampu membawa kejayaan dan sekarang kita akan lakukannya. Kita dapat mulai membuat produk yang lebih menarik dan kami akan menunjukkan bagaimana kita akan melakukan hal ini di Detroit,” kata Ketua Rekabentuk Ford Martin Smith.
 
Model yang menggunakan platform Ford Focus ini diharapkan juga akan hadir dalam versi convertible. Menurut rencana, model tersebut akan tampil pada gelaran Detroit Auto Show pada tahun hadapan.
 
Untuk bahagian luaran, Capri akan menggunakan rekaan yang sekilas mirip Ford Focus dengan dua pintu dan penampilan yang lebih sporty.
 
Dibandingkan dengan Focus ST, Capri akan menampilkan interior yang lebih sporty. Dengan menggunakan kerusi yang bergaya sport dan dilapisi Kulit. Bukan setakat itu saja, Capri  juga menggunakan steering sport, dan menyisipkan beberapa unsur aluminium agar membuatkan penampilannya semakin berbeza.
 
Di bawah but enjin, Ford akan menempatkan EcoBoost turbocharged 2.0-liter berbahan bakar gasolin yang akan memberikan tenaga hingga 247 HP. 
Tenaga sebesar itu cukup untuk membuatkan Capri melakukan pecutan dari 0 hingga 60 mph dalam waktu sekitar 6 saat dan dapat untuk mencapai kelajuan tertinggi sehingga 155 mph...!!!...(dalam kiraan batu tu joo...bukan km/h)
Capri akan menghadapi pesaingnya seperti Volkswagen Scirocco dan Renault Megane coupe. Scirocco ditawarkan dalam tiga pilihan enjin turbo yang memiliki tenaga dengan putaran 120-200 HP, sedangkan Megane Coupe dilengkapi dengan pelbagai enjin turbo yang dianggarkan antara 140-180 HP.
Ford akan membawa konsep versi pertama dari Capri pada tahun 2011 di Detroit Auto Show. Sebuah versi produksi akan menyusul pada tahun 2012 dan anggaran harga akan mulai dijual dari 30 ribu poundsterling.
 
MORAL UNTUK AKU : Aku memang minat kereta bentuk sport macam ni tapi apasal aku tak dapat membelinya...?...hahahakuketawa...!!!

ILMUWAN AGAMA BANTAH TEORI HAWKING...!!!

Kenyataan kontroversi yang dilontarkan ahli fizik Stephen Hawking yang menyatakan Tuhan tidak berperanan turut serta dalam pencipataan alam semesta, dibantah dengan lantang para ilmuwan agama di Inggeris.

Menurut Uskup Besar Cartenbury, apa yang disampaikan oleh Hawking merupakan teori yang salah dan tidak boleh diterima. Menurutnya, ilmuwan tersebut tidak boleh menyebutkan secara tepat mengapa 'sesuatu itu boleh terjadi'.

"Percaya kepada Tuhan bukan bererti mengisi kekurangan dalam menjelaskan hubungan satu dengan yang lain dalam hal alam semesta. "Tapi percaya bahawa ada zat Maha Cerdas, tempat semua hal bergantung kepada-Nya," kata Williams, seperti yang dipetik oleh CNN.

Sementara itu Anggota Komitee Muslim Inggeris, Ibrahim Mogra sependapat dengan Uskup Harris. Menurutnya, alam semesta jelas menunjukkan ada sesuatu yang menciptakannya.Sesuatu itu adalah Yang Maha Kuasa.

Sebelumnya, Profesor Hawking percaya bahawa hukum fizik adalah faktor utama terjadinya Big Bang, sebuah ledakan besar yang menyebabkan terbentuknya alam semesta. Jadi pencipta alam semesta bukanlah Tuhan, seperti yang diceritakan di dalam kitab-kitab suci semua agama.

Dalam buku yang berjudul 'The Grand Design', Profesor Hawking membuat kesimpulan bahawa alam semesta tercipta berkat adanya hukum graviti. Dengan demikian alam semesta mampu dan akan menciptakan dirinya sendiri daripada asalnya tiada.

 

INGIN MEMIKAT LELAKI...? PAKAILAH BAJU MERAH...!!!

Mata lelaki seringkali dianggap 'NAKAL' apabila melihat perempuan yang menurutnya menarik perhatiannya. Bagi Anda para perempuan yang ingin menjadi pusat perhatian para lelaki, ada baiknya Anda mengikuti anjuran para psikologi dari University of Rochester New York. Sering-seringlah memakai baju warna merah!

Menurut Niesta Kayser, pakar psikologi University of Rochester, para perempuan mungkin akan kelihatan sangat berjaya ketika mereka posting foto dalam pakaian merah.
Mata lelaki akan lebih tergoda apabila seorang perempuan mengenakan gaun merah. Penelitian juga menunjukkan bahawa warna merah membuat orang-orang di sekitar perempuan tersebut akan kelihatan lebih penuh perhatian, genit, dan ingin bergerak lebih dekat.

Dipetik dari rencana DailyMail, penelitian telah dilakukan bagi membandingkan respon lelaki terhadap foto seorang wanita yang mengenakan pakaian berwarna biru dan merah. Hasilnya para responden menyatakan bahawa warna merah lebih cenderung terkesan lebih genit dan menyenangkan.

Dalam pengkajian kali kedua, para responden mendapatkan kesempatan untuk berbicara dengan wanita itu ketika mereka masuk ke sebuah ruangan. Rata-rata responden lebih banyak berbicara secara dekat dengan perempuan berbaju merah. Sebagai makluman, perempuan yang mengenakan baju biru dan merah hanya satu orang.

Kayser juga menegaskan bahawa dalam dunia haiwan, warna merah sering dianggap sebagai isyarat kesuburan perempuan. Sebagai contoh kulit babun betina dan cipanzi akan nampak kemerahan saat mengalami masa ovulasi.

MORAL UNTUK AKU : Patutla kereta aku yang warna merah tu asyik orang pandang aje walaupun ia standard bagak...hahahakuketawa...!!!

11 APRIL 1954 adalah hari PALING MEMBOSANKAN...!!!

Dalam sehari banyak peristiwa yang boleh terjadi seperti kelahiran, kematian, kenaikan pangkat, kenaikan kelas, bahkan perang. Tapi tahukah anda hari apa yang paling sedikit terjadinya sebuah peristiwa seperti kelahiran dan kematian.

Seorang ahli komputer Cambridge, William Tunstall-Pedoe menghitung dan menemui bahawa hari yang paling sedikit terjadinya peristiwa atau yang disebut sebagai hari yang paling 'membosankan' dalam sejarah terjadi pada hari Ahad bertarikh 11 April 1954.

Melalui sebuah sistem, True Knowledge, Tunstall-Pedoe memasukan lebih kurang 300 juta fakta dan peristiwa-peristiwa kelahiran, kematian dan peristiwa sejarah lainnya sebagai variabel melalui True Knowledge. Setelah itu ia akan memberikan pertanyaan kepada sistem tersebut mengenai " Hari apa yang paling membosankan di abad ke-20,? "

Hasilnya True Knowledge menyebutkan bahawa hari paling membosankan sepanjang sejarah adalah 11 April 1954. True Knowledge, juga dapat memberikan alasan mengenai terminologi 'bosan'. Kerana sebuah peristiwa boleh saja dianggap penting oleh anak pada usia 14 tahun tapi ia tidak dianggap penting oleh orang tua berusia 45 tahun. Demikian dipetik oleh Gizmodo, Ahad (28/11/2010).

"True Knowledge dicipta bertujuan untuk menyimpan informasi yang dapat diperbaharui sebagai fakta baru yang disertakan bersama dengan kemampuan untuk mengakses jawapan yang relevan dengan pertanyaan unik. Kami memang membangunkan sebuah Learning Engine yang akan menjadi sumber pengetahuan yang kuat," kata Tunnel.

Kata Tunstall lagi, banyak fakta-fakta termasuk tanggal. Sistem ini memiliki pemahaman yang unik tentang pentingnya entiti di dunia yang dapat dihitung sebagai nombor, seperti kejadian awal dan akhir, kelahiran, kematian, perang, mendirikan usaha dan pelepasan penerbitan.

"Jadi anda dapat mengetahui apa yang terjadi pada hari tertentu. Misalnya, yang lahir pada 3 Mei 1983?," tambah Tunstall.

MORAL UNTUK AKU : Kenapa hari Isnin dengan Rabu adalah hari paling membosankan kepada aku...???...hahahakuketawa...!!!

MALARIA :- Penyebab FIRAUN Mati...???

Pasukan yang dipimpin oleh Zahi Hawass menyimpulkan hasil penemuan mereka bahawa Tutankhamun meninggal kerana malaria.
Selama bertahun-tahun, ilmuwan mencuba untuk mengungkap misteri akan kematian Raja Tutankhamun. Penemuan terbaru menyebutkan, Firaun Mesir yang paling terkenal itu meninggal kerana malaria.

Hasil penelitian DNA menyebutkan, Raja Tutankhamun meninggal pada usia 19 tahun disebabkan komplikasi akibat patah kaki yang kemudian diserang pula oleh malaria. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Medical Association ini juga menemukan bukti bahawa Raja Tutankhamun menderita sumbing pada langit-langit mulut dan mengalami clubfoot atau tulang kaki bengkok. Penyakit yang terakhir menjadikannya sebagai seorang Firaun yang memerlukan alat bantu untuk berjalan. 

Tutankhamun yang demikian jelasnya, menjadi Firaun di usia 10 tahun pada masa 1,333 SM. Dia hanya sempat memerintah kerajaan Mesir kuno selama sembilan tahun sehingga kematiannya tiba. Tutankhamun adalah keturunan terakhir dari dinasti ke-18 Kerajaan Mesir Baru, salah satu dinasti paling berkuasa pada zaman itu.

Dipetik dari Daily Mail, kesimpulan ini diperolehi berdasarkan hasil ujian DNA dan pemindaian CT terhadap 16 mumia termasuk mumia Tutankhamun. Kajian ini awalnya dilakukan dengan menggunakan identifikasi sejumlah mumia yang satu keturunan dengan keluarga Tutankhamun.

Penyebab kematian Tutankhamun selama ini menjadi perdebatan di kalangan ilmuwan, arkeologi dan sejarawan. Sebahagian mereka menyakini Tutankhamun meninggal ketika patah kaki yang dialaminya semakin parah akibat penyakit malaria. Sementara sebahagian lainnya berspekulasi bahawa Tutankhamun mati kerana sengaja dibunuh.

Arkeologi Zahi Hawass yang memimpin penelitian ini mengumumkan penemuan terbaru mereka secara lengkap di Museum Kairo, di mana mumia-mumia Firaun terkenal ditempatkan di sana.

MORAL UNTUK AKU : Aku rasa kalau dulu firaun ada isap rokok masa dia mati mesti para pengkaji suspek dia kena radang paru-paru kot...hahahakuketawa...!!!

ANGIN YANG MEMBELAH LAUT MERAH UNTUK NABI MUSA...???

 Sekadar Gambar Hiasan
Sebuah penelitian berjaya mengungkapkan jika bukan Nabi Musa yang berjaya membelah laut, ianya adalah melainkan angin kencang yang memaksa laut tersebut terbelah.

Hal ini disampaikan para ilmuwan melalui sebuah simulasi komputer. Menurut mereka, angin yang bertiup cukup kencang memungkinkan air laut terbelah menjadi dua seolah menciptakan jalan bagi Nabi Musa dan para pengikutnya untuk lari dari dikejar tentara Firaun. Seperti apa yang tertulis dalam kitab suci Injil dan Al Quran.

"Simulasi ini hampir sama dengan apa yang dijelaskan di Al Quran dan Injil mengenai air laut yang terbelah pada zaman Nabi Musa," ujar Carl Drews dari National Center for Atmospheric Research di University of Colorado, seperti dipetik melalui Straits Times.

Menurut Drews, pembelahan air laut itu dapat terjadi berkat adanya dinamik fluid, atau kerana sifat air yang berubah-ubah. Angin menggerakkan air dalam cara yang sesuai dengan hukum fizik. Kemudian angin membelah air menjadi dua dan menciptakan sebuah jalan di tengahnya, lalu dalam waktu sekejap air kembali bersatu.

Pembelahan air laut ini merupakan kisah yang terjadi 3,000 tahun lalu. Ketika itu Nabi Musa memimpin Bani Israel keluar dari Mesir, seiring dengan kemaraan tentara Firaun. Dalam cerita di Al Quran dan Injil, dalam pengejaran tersebut tiba-tiba Laut Merah terbelah sehingga memungkinkan Musa dan Bani Israel menyeberangi laut dengan selamat. Namun ketika pasukan tentara Firaun menyeberang, ketika itu pula air laut kembali bersatu dan menenggelamkan ribuan tentara Firaun.

Dalam penelitian ini, Drews dan para pengkajinya meneliti efek angin taufan yang menerjah Laut Pasifik terhadap kondisi dan bentuk permukaan laut.

Sabtu, 27 November 2010

"KIAMAT DIUNDUR"...!!!

 Gambar Hiasan
Sebuah mitos naskah kuno bangsa Suku Maya menyebutkan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Namun, teori itu dibantah oleh seorang ilmuwan yang menyebutkan, terdapat salah persepsi terhadap naskah tersebut, yang kiamat bukan terjadi di 2012.

Teori bantahan itu sendiri muncul dalam sebuah buku yang berjudul "Calendars and Years II: Astronomy and Time in the Ancient and Medieval World". Dalam buku tersebut disebutkan, akibat salah menafsirkan naskah Suku Maya, seharusnya 2012 bukan waktunya kiamat, tapi mundur 50 sampai 60 tahun setelahnya.

Salah satu pasukan peneliti profesor Gerardo Aldana dari dari University of California menyebutkan, adanya kesalahan korelasi data dan fakta. Katanya, Konstanta GMT seharusnya menafsirkan kata 'Chak Ek' sebagai 'Meteor', dan bukannya 'Venus'. Konstanta GMT sendiri merupakan teori yang menyebutkan adanya kiamat pada 21 Disember 2012. GMT sendiri diambil dari nama belakang para penafsir tersebut Joseph Goodman, Juan Martinez-Hernandez, dan J. Eric S. Thompson.

"Tabel Venus tidak dapat digunakan untuk membuktikan kalau kiamat terjadi di tahun 2012 kerana tidak ada penerimaan yang tergantung pada keandalan data yang menguatkannya," katanya, seperti dipetik Live Science.

Data sejarah katanya, kurang dapat diandaikan jika dibandingkan dengan tabel itu sendiri sehingga argumen untuk GMT konstan yang menafsirkan bumi akan 'jatuh seperti tumpukan kartu' itu diragukan kebenarannya.

Namun demikian Gerardo Aldana sendiri mengaku tidak memiliki jawapan pasti, seperti apa konversi kalender yang sebenarnya. Ia pun lebih memilih untuk fokus pada kemungkinan kesalahan pada interpretasi tersebut. Yang jelas, Aldana yakin 2012 bukan waktu kiamat seperti yang disebutkan Suku Maya.

MORAL UNTUK AKU : Apasal skang banyak betul teori propaganda tentang kiamat 2012...?

ANJING LEBIH CERDAS DARI KUCING...???

Banyak yang membuktikan bahawa anjing dianggap sebagai haiwan peliharaan yang cerdas. Hal tersebut mungkin betul jika melihat kepada hasil kajian yang dilakukan sejumlah pensyarah di Oxford University.

Para peneliti itu menyimpulkan bahawa anjing peliharaan lebih cerdas berbanding kucing. Pasalnya, dari analisisa yang dilakukan, anjing merupakan binatang yang memerlukan per-teman-an yang luas, sementara kucing lebih suka menyendiri.

Selain itu, para peneliti juga melakukan penelitian terhadap otak mamalia selama 60 juta tahun terakhir, termasuk otak dinosaur dan berbagai-bagai jenis haiwan selepasnya. Hasilnya, otak turut berkembang seiring dengan perilaku sosial mamalia tersebut, khususnya yang hidup di alam liar dan peliharaan.

"Ada hubungan yang kuat antara ukuran otak dengan perilaku mamalia," kata ketua pasukan peneliti Prof Robin Dunbar, seperti dipetik oleh Dailymail.
"Kucing memiliki volume otak yang jauh lebih kecil jika dibandingkan anjing dan kuda kerana kurang 'bersosialisasi'," kata Dunbar.

Hal tersebut juga termasuk dalam mamalia seperti paus, anjing, dan lumba-lumba yang suka 'berinteraksi' dengan manusia juga memiliki volume otak yang jauh lebih besar berbanding jenis mamalia lainnya, misalnya harimau, kucing rumah dan badak yang cenderung suka menyendiri.
MORAL UNTUK AKU : Betul ke anjing ngan kucing kalau jumpe je nak gaduh...? Aku tak pernah tengok pun...hahahakuketawa...!!!


ELAKKAN MEMAKAI COLI LEBIH DARI 12JAM...!!!

Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada tempoh 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara. Sebabnya coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa. 

Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara. Namun begitu, coli juga penting kerana ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara. 

Ramai wanita mengakui mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaian, elakkan memakai coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.

UKURAN MAMALIA MEMBESAR SETELAH DINOSAUR PUNAH...!!!

Ukuran badak purba dengan manusia
Ukuran haiwan-haiwan mamalia membesar setelah kemusnahan mendadak dinosaur 65 juta tahun yang lalu, ujar para para ahli biologi.

Binatang-binatang mamalia ini ukurannya membesar kerana saat itu tidak ada lagi binatang besar yang memakan sumber makanan yang tersedia, demikian menurut sebuah penelitian yang diterbitkan oleh jurnal Science.

Seperti yang dipetik dari Telegraph, ukuran-ukuran mamalia pada saat pasca kemusnahan dinosaur berevolusi menjadi besar hampir menyamai ukuran pasif dari dinosaur.

Dr. Jessica Theodor, profesor biologi di Calgary University di Kanada, berkata bahawa ketika dinosaur musnah, tiba-tiba tiada mahkluk yang memakan tumbuh-tumbuhan yang tersedia. "Sumber makanan yang banyak membuatkan mamalia berevolusi menjadi besar, kerana akan lebih efisien berukuran besar apabila menjadi seekor herbivor," kata Jessica Theodor.

Theodor juga menambahkan bahawa dalam kurun waktu 25 juta tahun lalu mamalia-mamalia tersebut berevolusi menjadi besar. "Itu adalah waktu yang cukup lama untuk ukuran evolusi,"

Theodor dan para pengkajinya menyimpulkan penelitian tersebut setelah meneliti sejumlah mamalia berukuran besar pada setiap benua.

Mamalia terbesar yang pernah hidup di muka Bumi adalah seekor herbivor yang menyerupai badak dengan tinggi sekitar 5.5 meter yang hidup di Eurasia sekitar 34 juta tahun yang lalu.

Akan tetapi badak tersebut kalah dengan ikan paus biru moden yang mana beratnya mampu mencapai 200 tan.

MORAL UNTUK AKU : Apasal badan aku tak besar-besar walaupun makan tak henti-henti...Harap perut je dah nak jadi boroi...hahahakuketawa...!!!

Jumaat, 26 November 2010

PLAYSTATION 3 SUKAR SAINGI PS2...???

PlayStation 3
Sony Computer Entertaiment memang menjadi perusahaan pertama yang mampu menjual konsol game sehingga 100 juta unit, melalui Playstation 2 (PS2). Namun, kejayaan tersebut akan sukar diulangi oleh penggantinya iaitu Playstation 3 (PS3).

PlayStation 3 mungkin tidak berjaya seperti pendahulunya sejak para pesaingnya jauh lebih kuat hari ini. Asal tahu saja, hingga saat ini PS2 sudah terjual lebih dari 147,600,000 unit. Demikian yang diulas Xbit Labs, Jumaat (26/11/2010).

Lihat saja, persaingan antara Microsoft (Xbox) dan Nintendo (Wii) tidak terlalu signifikan sangat kerana kedua-duanya berusaha untuk memberikan tahap yang berkualiti tinggi. Baik Microsoft Corp dan Nintendo yang memiliki penawaran radikal yang lebih maju daripada kembali di era PlayStation 2, bahkan mantan eksekutif dari Sony mengakui bahawa PS3 tidak mampu memenangikan persaingan ini.

"Saya berharap PS3 mampu mencantas kehebatan PS2. Tapi saya fikir dinamik pasaran yang sedikit berbeza ini, jauh lebih kompetitif. Jika PS3 tidak mencapai target yang sama, itu akan memakan waktu lebih lama dan akan menjadi tentangan yang lebih sukar,"kata Phil Harrison, mantan wakil presiden eksekutif dari Sony Computer Entertainment Eropah.

Menurut perkiraan VG Chartz, sampai saat ini Sony menjual 41.3 juta PlayStation 3 konsol game, Microsoft menjual 45.4 juta Xbox 360 dan Nintendo berhasil menjual 76.3 juta dari konsol game Wii.

PlayStation 3 memang sudah berada di landasan yang benar dalam hal meninggalkan Xbox 360 dalam beberapa bulan mendatang. Namun Microsoft tidak berdiam diri dan mungkin menawarkan layanan tambahan untuk konsol, yang akan meningkatkan nilai pada pelanggan dan tidak akan membiarkan ia ketinggalan di tempat ketiga di pasaran konsol game.

Walaupun Sony PS3 dapat meninggalkan Microsoft Xbox 360 dibelakang, persaingan yang paling penting adalah terhadap Nintendo Wii, yang sangat popular dan murah untuk memproduksikan konsolnya. Persaingan ini mungkin tidak akan pernah tamat.

"Ken Kutaragi (pencipta Nintendo) adalah seorang genius, tetapi dia mempunyai sedikit keberuntungan dengan PS3. Anda tidak akan berjaya untuk mendapatkan tiga medal emas berturut-turut," kata Chris Deering, mantan presiden Sony Computer Entertainment Eropah yang tamat perkhidmatan pada 2005.

Populasi orang yang berminat dalam permainan video semakin meningkat. Tetapi PS3 tidak akan menunjukkan pertumbuhan hampir 50 peratus dari penjualan unit PS2. Ini kerana Sony perlu menjual 225 juta PS3 untuk mengalahkan penjualan PS2.

MORAL UNTUK AKU : PS2 pun aku takde inikan pula PS3...PSP lagila jangan harap...hahahakuketawa...!!!

NAK MINTA NAIK GAJI...? INILAH CARANYA...!!!

 


Seorang pekerja sudah tentu menginginkan kenaikan gaji. Apatah lagi jika sudah bekerja dengan cukup lama. Tetapi, minta kenaikan gaji kepada bos anda juga ada caranya.

Sebelum meminta kenaikan gaji, sebaiknya anda mempersiapkan diri semaksimum mungkin agar bos anda mempertimbangkan kenaikan itu. Windya Novita dalam buku 13 Jurus Jitu Sukses di Dunia Kerja menyatakan, langkah pertama, tentunya anda harus menunjukkan sikap kerja yang baik sebelum menuntut hak atas kenaikan gaji. 

Selanjutnya, anda perlu juga menjalinkan hubungan baik dengan rakan sekerja dan orang-orang atasan anda. Suasana kondusif di pejabat mampu memberi penilaian baik atas kerja anda. Selain itu, sebaiknya anda juga tidak melanggar peraturan syarikat. Melanggar peraturan boleh dianggap membangkang setiap etika syarikat. Ertinya, impian kenaikan gaji pun akan tertunda.

"Anda juga harus menumbuhkan sisi positif dalam diri di lingkungan kerja. Dengan sikap ini akan tercermin bahawa anda mempunyai peribadi yang matang dan bertanggung jawab dalam bekerja," tambah Novita dalam buku terbitan Daras Books ini.

Wanita bertudung ini menambahkan, sebagai pekerja anda juga harus memanfaatkan setiap jam kerja seefektif mungkin sehingga mampu memenuhi deadline syarikat tepat pada waktunya. Selain itu, ciptakan berbagai-bagai prestasi dalam pekerjaan anda. Dengan demikian, pihak syarikat tentu akan mempertimbangkan keinginan anda untuk meminta kenaikan gaji.

Perlu diingatkan, pekerja yang pernah memiliki konflik peribadi dengan rakan sekerja atau ketua akan diberi catatan merah oleh pihak atasan. Kerana itu, hindarilah konflik di tempat kerja. Sebab, hal itu justeru akan mengurangkan nilai prestasi kerja anda.

Hal terakhir yang perlu anda perhatikan ketika mempertimbangkan untuk kenaikan gaji adalah, mengintrospeksi diri sendiri, apakah anda layak mendapatkan kenaikan gaji atau tidak. "Jika selama ini anda bekerja biasa-biasa saja, dalam erti tidak memberikan kontribusi yang cukup berguna untuk syarikat, maka apakah anda layak mendapatkan kenaikan gaji?" tegas Windya dalam buku setebal 204 halaman tersebut.

MORAL UNTUK AKU : Kalau aku minta naik gaji agak-agak berapalah yang akan aku dapat...!!!...hahahakuketawa...

[ LAPTOP, NETBOOK & TABLET ] - Mana Yang Harus Dibeli...???

Perkembangan komputer bimbit kini semakin meningkat dengan kehadiran tablet. Sebelumnya di segmen ini telah hadir terlebih dahulu, laptop dan netbook.

Solusi yang dirangkumkan oleh PC World, menyebut berkemungkinan terjadinya salah panduan sebelum pengguna memutuskan untuk membeli antara laptop, netbook dan tablet.

1. Berapa Budjet Yang Anda Ada?

iPad yang menjadi salah satu pelopor tablet saat ini, tentu menawarkan harga yang lumayan yang spesifikasinya tidak jauh berbeza dengan netbook. Contohnya, di Amerika Syarikat, iPad wifi dengan kapasiti 16GB dijual sekitar USD499 hingga USD829 dengan kapasiti 64GB.

Bandingkan dengan netbook, dengan harga USD499 pengguna sudah mampu untuk mendapatkan netbook dengan spesifikasi jauh lebih bagus. Apalagi, rata-rata harga netbook dalam lingkungan USD300 saja.

2. Apakah Anda Menggunakan Multimedia di Mana Saja?

Jika ya, jawapannya adalah iPAd. Kerana, tablet ini memiliki layar besar dan cerah, masa pakai baterinya yang tahan lama akan membiarkan Anda menonton filem yang telah anda download. Tentu saja, Anda tidak hanya menonton video dengan DVD, tapi Anda mampu menukarkannya melalui iTunes.

Sebuah netbook yang bagus memiliki jangka hayat bateri yang lebih baik daripada kebanyakan laptop, oleh itu ianya boleh menjadi pilihan kedua Anda. Anda juga harus men-download filem kerana di netbook, tidak tersedia optical drive.

3. Apakah Bidang Kerja Anda Memerlukannya?

Anda perlu laptop atau netbook untuk menjalankan Microsoft Office. Tapi itu bukan pengakhiran ceritanya. Meskipun iPad tidak berfungsi dengan baik melalui Windows atau Mac Office, namun Apple memang menawarkan sejumlah aplikasi yang bagus yang akan memberikan banyak fungsi yang sama.

4. Apakah Pekerjaan Anda Memerlukan Keyboard?

Jika Anda berbicara tentang mengirim email ringkas atau tulisan pendek saja, maka iPad menjadi pilihan yang tepat. Untuk menulis tugas berat, Anda memerlukan keyboard berukuran penuh, dan itu sudah bererti anda memerlukan sebuah laptop.

Salah satu rahsia kecil tentang kekurangan dari Netbook adalah bahawa kebanyakan keyboardnya telah dikecilkan. Itu bererti beberapa tombol fungsi dan navigasi berada di tempat yang tidak sesuai atau bahkan dihilangkan terus.

Bagaimana keyboard iPad? Saya fikir itu soal selera. Kerana pengguna yang sudah terbiasa dengan keyboard virtual, tidak akan mengalami kesulitan menggunakan keyboard iPad.

5. Apakah Anda Ingin Bermain Game?

Game menjadi aplikasi penting, selain untuk bekerja. Jika begitu, maka iPAd adalah jawapannya. Dengan menggunakan aplikasi game di App Store, pengguna boleh mendapatkan game yang diinginkan. Sesuatu yang mustahil untuk didapati di netbook ataupun laptop.
MORAL UNTUK AKU : Kalau aku ada duit ketiga-tiganya aku nak rembat...hahahakuketawa...!!!
 

[ GEMPAR...!!! ] - DANAU DI BUMI MULAI MEMANAS.

Gambar Satelit

Danau-danau terbesar di Inggeris dikatakan mulai memanas dalam kurun 25 tahun terakhir kerana perubahan iklim. Demikian kajian dari pihak NASA. Mereka juga mengakui telah melakukan penelitian baru terhadap isu lingkungan di Bumi.

Pihak NASA mengatakan bahawa pengkaji mereka, Phillipp Schneider dan Simon Hook, dari Jet Propulsion Laboratory di Pasadena, California, menggunakan data satelit untuk mengukur suhu permukaan 167 danau di seluruh dunia. Demikian seperti yang dipetik dari berita AFP.

"Mereka melaporkan rata-rata pemanasan per dekad adalah 0.81 darjah Fahrenheit, dengan beberapa danau yang memanas itu adalah sebanyak 1.8 darjah Fahrenheit per darjah," ujar pihak NASA.

Hasil penelitian tersebut terlebih dahulu sudah mampu diduga dan berkaitan dengan pemanasan global.

"Para pengkaji menemukan bahawa wilayah pemanasan terbesar terjadi di Eropah Utara, sementara di wilayah tenggara Eropah pemanasan tersebut lebih rendah. Demikian juga halnya di sekitar laut Hitam, laut Kaspian, juga Kazakhstan," kata NASA. Lebih lanjut mereka menjelaskan jika trend pemanasan ini berkembang dengan cukup cepat di timur Siberia, Mongolia dan utara China.

"Analisis kami menyediakan sebuah data bebas terbaru untuk mengakses tanda perubahan iklim di seluruh dunia," ujar Schneider, ketua pengkaji. Kajian yang dilakukan Schneider dan kawan-kawannya telah diterbitkan di jurnal Geophysical Research Letters.

"Hasil penelitian ini memiliki tanda ekosistem danau, yang juga mampu menampakkan perubahan suhu pada lingkungan air terkecil," tambah Schneider.

MORAL UNTUK AKU : Lepas ni orang-orang bisnes mesti sibuk buat bisnes pusat percutian kolam air panas pulak...hahahakuketawa...!!!

[ BENAR...!!! ] - MANUSIA MEMANG MEMILIKI KEKUATAN BATIN

Manusia mungkin memiliki kemampuan untuk meramalkan masa depan dan mempengaruhi kejadian yang belum pernah terjadi, begitulah menurut dari sebuah kajian terbaru.

Laporan dari seorang piskologi menyatakan bahawa orang-orang mungkin memiliki kekuatan batin yang tersembunyi yang membolehkan mereka merasakan kejadian-kejadian di masa depan. Demikian seperti yang dipetik dari jurnal Telegraph.

Profesor Daryl Bem dari Cornell University, New York, melakukan sembilan eksperimen berbeza yang melibatkan lebih dari 1,000 orang sukarelawan dan beberapa orang dari mereka ternyata memiliki kekuatan batin.

Dalam satu eksperimen para sukarelawan tersebut diberikan daftar dari kata-kata untuk diingati. Kemudian kata-kata tersebut akan ditanyakan kembali sebelum diberikan pilihan kata untuk ditulis.

Beberapa sukarelawan tersebut ternyata mampu meramalkan beberapa kata dengan lebih mudah dari yang lain untuk dituliskan dalam sekeping kertas.

Di eksperimen yang lain pula, para sukarelawan ditunjukkan sebuah gambar dari dua tirai pada sebuah layar komputer dan disuruh untuk memilih salah satu tirai yang berisikan gambar erotik. Ternyata mereka mampu memilih tirai yang tepat, tanpa disengajakan.

Posisi dari gambar tersebut secara rawak ditentukan oleh komputer setelah para sukarelawan membuat keputusan. Indikasi-indikasi inilah yang menguatkan pendapat Profesor Bem bahawa para sukarelawan mampu mempengaruhi kejadian masa depan.

Sementara itu, Joachim Krueger, seorang psikologi asal AS, menganggap jika dikatakan manusia itu memiliki kekuatan batin ianya sangat melucukan. New Scientist, yang menyiapkan pengkajian tersebut, mengatakan adalah sesuatu yang hebat jika hasilnya akan menambahkan kepercayaan yang dapat diikuti oleh para ilmuwan yang lain.

MORAL UNTUK AKU : Kekuatan batin yang lagi satu tu pulak macamana pulak kan...hahahakuketawa...!!!

GARISAN COKLAT JUPITER KEMBALI TERLIHAT...!!!

Garisan coklat di Jupiter, planet terbesar di sistem suria kita, telah kembali setelah separuh musim  berlalu. Astronomi mengakui telah melihat penampakan garisan tersebut.

Garisan coklat yang bernama South Equatorial Belt (SEB) ini adalah lapisan pembalut atmosfera yang ada di bahagian selatan planet Jupiter. Beberapa waktu lalu garisan ini telah berubah warna menjadi putih.

Pada bulan November, menurut pihak University of California, pengkaji astronomi amatur, Christopher Go dari Cebu City, Filipina, menemukan bahawa sabuk SEB di planet Jupiter semakin memutih. Akan tetapi berdasarkan observasi dari teleskop besar di Hawaii menunjukkan bahawa garisan coklat pada SEB tersebut telah kembali. Demikian seperti yang dipetik dari USA Today.

"Alasan mengapa Jupiter kehilangan garisan ini, yang mengkaburkan dirinya pada garis-garis putih, adalah aliran rendah angin kering yang membuat awan coklat berada di bawah," ujar Glenn Orton dari Jet Propulsion Laboratory (JPL) di Pasadena, California.

Satu hal yang kita cari melalui sinar inframerah adalah bukti bahawa material gelap yang terlihat sebenarnya adalah awan coklat yang mulai menampakkan dirinya kembali dan itulah ketepatan garisan yang kita lihat," tambah Orton.

MORAL UNTUK AKU : Semakin hari semakin banyak perkara-perkara yang tidak terduga terlihat kepada kita...hahahakusemakinmuhasabahdiri...

Khamis, 25 November 2010

T - REX ADALAH PREDATOR TERPANTAS...!!!

Sebagai predator terbesar yang pernah hidup di Bumi, Tyrannosaurus Rex adalah yang terpantas, menurut sebuah pengkajian yang terbaru. Menyanggah pendapat terdahulu yang menyebutkan bahawa T Rex adalah haiwan pemakan bangkai yang lembab.

Reptilia seberat 7 tan dengan panjang 40 kaki dan tinggi 13 kaki tersebut mampu mengalahkan kepantasan mana-mana predator pun di zamannya, mengingatkan kita akan besarnya otot-otot mereka untuk berlari cepat. Sebelumnya ekor dari T Rex dianggap adalah penyeimbang untuk berat dari mahkluk tersebut. Demikian seperti yang dipetik dari jurnal Telegraph.

Ahli Paleontologi Scott Persons dari University of Alberta, Canada, mengatakan "Kebalikan dari teori sebelumnya, T Rex itu memiliki kepantasan,"

Dia membandingkan ekor dari reptilia moden seperti buaya dan Komodo dengan T Rex yang hidup sekitar 65 juta tahun yang lalu, dan menemukan bahawa otot terbesar dari mereka semua tersambung dengan tulang kaki dibahagian atas mereka.

Otot 'caudofemoralis' ini menyediakan tenaga kinetik yang membolehkan mereka untuk melakukan gerakan maju ke depan dengan cepat. Akan tetapi Persons menemukan satu perbezaan yang cukup hebat pada struktur T Rex. Ekor binatang mendapatkan bentuk serta kekuatannya dari tulang iga yang terhubung dengan tulang belakang. Persons menemukan bahawa tulang iga di ekor T Rex berlokasi agak sedikit ke atas.

Pengukuran tulang T Rex oleh Persons dengan menggunakan computer-modelling menunjukkan estimasi massa otot yang sebelumnya dari tinggi T Rex, yang mana diperkirakan sebanyak 45 peratusa.

Penemuan ini adalah bantahan yang membuat banyak pengkaji sebelumnya percaya bahawa T Rex adalah mahkluk yang hanya memakan bangkai.

Untuk kepantasan T Rex yang sebenarnya, para pengkaji mengatakan bahawa hal tersebut amat sukar untuk diperincikan. Tetapi penemuan Scott Parsons yang diterbitkan di The Anatomical Record, percaya kalau T Rex mampu mengejar haiwan apapun yang ada di ekosistemnya.

MORAL UNTUK AKU : Agak-agak korang la kalau T-REX lari 100 meter adakah dia mampu memecahkan rekod dunia USAIN BOLT...?...hahahakuketawa...!!!

DINOSAUR PTEROSAURUS TERBANG SEPERTI PESAWAT...!!!

Para pengkaji menyatakan bahawa Pterosaurus (jenis dinosaur burung) secara aerodinamik terbang seperti pesawat terbang.

Reptilia tersebut yang hidup di zaman dinosaur, termasuk dalam kelompok spesies yang memiliki ukuran yang sama dengan pesawat berukuran kecil. Demikian seperti yang direncanakan dari Telegraph.

Para pengkaji membuat model sayap yang berukuran sama dengan fosil Pterosaurus dan mengujikannya pada terowong angin. Mereka menemui bahawa Pterosaurus akan menjadi terlalu lambat dan fleksibel apabila mereka menentang angin kencang, sebagaimana burung Albatros lakukan di lautan hari ini.

Penerbangan yang lambat dari Pterosaurus ini serta geometrik yang beragam pada sayapnya, membolehkan mereka mendarat ke tanah dengan lembut setelah melakukan penerbangan, menghindari kemungkinan cederanya tulang mereka yang nipis. Hal ini juga menjelaskan mengapa mahkluk sebesar mereka mampu terbang di udara.

Penelitian, yang diterbitkan di jurnal Proceeding of the Royal Society B, menunjukkan bahawa Pterosaurus tidak se-aerodinamik layaknya burung moden.

"Sayap Pterosaurus beradaptasi pada penerbangan kelajuan rendah. Hal ini berbeza dengan dinamik penerbangan laut yang dilakukan oleh burung-burung laut masa kini, yang membolehkan penerbangan kelajuan tinggi dengan efesiensi aerodinamik," ujar Collin Palmer, pensyarah dari University of Bristol.

"Kerana tulang dari Pterosaurus sangat tipis dan sangat sensitif terhadap kecederaan, kemampuan mendarat dengan kelajuan rendah adalah sangat penting untuk menghindari kecederaan," kata Palmer.

"Lalu kerana sayapnya yang lebar pula, Pterosaurus sangat sensitif terhadap angin yang kuat, baik di udara mahupun di darat, sama seperti yang dialami oleh para penggemar olahraga terbang layang," tambah Palmer.

MORAL UNTUK AKU : Janganla korang anggap Pterosaurus bisa terbang seperti JET SUKHOI pulak...hahahakuketawa...!!!

KELAJUAN INTERNET DI DUNIA DALAM LINGKUNGAN 1.8 Mbps SAHAJA...!!!

TOKYO - Sambungan internet di setiap negara di dunia berbeza-beza. Tetapi berdasarkan data dari Akamai Technologies, rata-rata kelajuan internet di 50 negara di dunia hanya sekitar 1.8 Mbps.

Kelajuan tersebut merupakan rata-rata kelajuan download dan bukan kelajuan upload. Akamai juga tidak memasukkan China dalam survey kelajuan sambungan internet. Demikian disebut Hufftington Post.

Akamai juga melaporkan meskipun kelajuan internet tertinggi dipegang oleh Korea Selatan, dengan rata-rata 16.63 Mbps, tetapi negara-negara Eropah masih mendominasi 20 negara besar dengan sambungan terpantas.

Berikut di bawah ini daftar negara dengan sambungan internet terpantas :

1. Korea Selatan (16,63 Mbps)
2. Hong Kong (8,57 Mbps)
3. Jepun (8,03 Mbps)
4. Romania (6,80 Mbps)
5. Belanda (6,50 Mbps)
6. Sweden (5,50 Mbps)
7. Republik Cech (5,32 Mbps)
8. Belgium (5,26 Mbps)
9. Denmark (5,18 Mbps)
10. Swizerland (5,08 Mbps)
11. Kanada (4,73 Mbps)
12. Amerika Syarikat (4,60 Mbps)
13. Hungary (4,45 Mbps)
14. Jerman (4,14 Mbps)
15. Taiwan (4,08 Mbps)
16. Portugal (3,93 Mbps)
17. England (3,93 Mbps)
18. Austria (3,76 Mbps)
19. Perancis (3,36 Mbps)

MORAL UNTUK AKU : Internet aku pakai Maxis lagila slow gila...Hampeh...hahahakuketawa...!!!

OOHH...!!! DEMAM CAMPAK HANYA SEKALI SEUMUR HIDUP...!!!

Detail Berita
"MUNGKINKAH anak bisa kena campak dua kali?  Pertanyaan tersebut sering dilontarkan oleh ibu-ibu. Pasalnya, gejala campak adalah mirip dengan gejala penyakit lain. Walhal tak banyak orangtua yang menganggap anaknya terkena campak lagi. Padahal sebelumnya sudah terkena campak.
Campak Hanya Sekali!

Ditegaskan oleh dr Gladys Rasidy SpA dari Brawijaya Women and Children Hospital, Jakarta bahawa campak - virus morbili (paramiksovirus) - hanya terjadi sekali seumur hidup. Namun, jangan anggap remeh kerana campak boleh menimbulkan komplikasi.

“Kalau dikatakan 2 sampai 3 kali terkena campak itu salah, boleh jadi diagnosisnya yang tidak benar,” ujarnya.

Gejala dan Penularan

Kerana virus campak terdapat dalam darah, cairan hidung dan tenggorok, perhatikan gejalanya. Ini kerana, gejala campak hampir sama dengan flu biasa, seperti batuk, selesema dan demam. Inilah mengapa gejala campak agak sukar dikesan secara biasa.

Nah, disebut campak jika demam berlanjutan dengan timbulnya bercak-bercak merah. Tapi kadangkala orangtua sering salah menganggap bila anak demam tinggi tapi tidak mengeluarkan bercak-bercak merah, ertinya campak tidak keluar. Tanpa bercak merah, meskipun demam tinggi, itu bukan campak. Untuk itu, para ibu jangan membuat kesimpulan sendiri sebelum dibawa ke doktor.

Penularan penyakit ini berlangsung sangat cepat melalui perantara udara atau semburan / percikan ludah (droplet) yang terhidu oleh hidung atau mulut melalui penghidap campak. Dan ini terjadi pada masa fasa kedua hingga 1-2 hari setelah bercak merah timbul.

Fasa Campak

Fasa masa inkubasi
Masa dari jangkitan dengan virus sampai mulai timbulnya gejala berlangsung berkisar antara 10-12 hari. Memang agak sukar mengenali infeksinya kerana gejalanya masih umum, tidak terlihat sama sekali. Mungkin timbul gejala demam, tapi bercak-bercak merah yang merupakan ciri khas campak belum keluar.

Fasa awal (prodromal)
Umumnya campak berlangsung di antara 4-5 hari. Ditandai dengan demam, sukar bernafas, sakit otot, batuk, pilek, mata merah, fotofobia (takut cahaya), adanya gangguan pada saluran pernafasan, batuk serta gangguan pada saluran pencernaan.

Pada ketika ini, gejalanya hampir mirip influenza. Ciri khas terdapat bercak putih (bercak Koplik) di dinding pipi bahagian dalam. Segeralah ke doktor jika gejala di atas mulai muncul. Jangan sampai tunggu munculnya bercak-bercak merah untuk mengantisipasi penyakit tersebut.

Fasa timbulnya bercak (erupsi)
Terjadi berkisar 2-3 hari setelah gejala awal. Ditandai dengan demam meningkat, bercak merah menular ke seluruh tubuh, disertai rasa gatal. Selanjutnya gejala tersebut akan hilang sekitar hari ketiga. Kadangkala disertai muntah.

Kebiasaannya doktor akan mengusahakan agar bercak merah pada anak tidak sampai muncul di sekujur tubuh. Bila sudah menular ke seluruh tubuhnya yang dipenuhi bercak, ini bererti campaknya cukup berat. Apalagi jika disertai gejala komplikasi, seperti; infeksi saluran pernafasan (Bronkopnemonia), demam kuat, ensefalitis (radang otak), infeksi telinga (Otitis Media), infeksi laring (laryngitis).

Fase masa penyembuhan (konvalesen)
Pada waktu ini, gejala-gejala di atas akan beransur pulih. Suhu tubuh menjadi normal, kecuali ada komplikasi. Adanya kulit kehitaman dan bersisik (hiperpigmentasi) dan ia merupakan tanda penyembuhan.


Jika si Kecil Terkena Campak
Berikanlah vaksinasi campak! Walaupun pemberian vaksinasi bukan jaminan seorang anak akan bebas dari penyakit campak, tetapi ia kan meminimumkan penyakit tersebut dari terjadinya komplikasi yang berbahaya.

Imunisasi campak sebaiknya diberikan saat si kecil berusia 9 bulan, diikuti pemberian imunisasi MMR pada usia 15 bulan, dan imunisasi campak berikutnya (ulangan) diberikan pada usia 6 tahun.

Nah, berikut apa yang harus dilakukan oleh para ibu jika si kecil terkena campak:
- Anak yang menderita campak sebaiknya dijaga kebersihan tubuhnya dengan tetap memandikannya.

- Anak perlu beristirahat yang cukup. Bila campaknya ringan, anak cukuplah sekadar dirawat di rumah. Namun, kalau campaknya berat atau sampai terjadi komplikasi maka harus dirawat di hospital.

- Penderita campak perlu dirawat di tempat tersendiri (isolasi) agar tidak berjangkit kepada yang lain, khususnya bila ada bayi di rumah yang belum mendapat imunisasi campak.

- Sebaiknya tingkatkan daya tahan tubuh penderita campak dengan memberikan asupan makanan bergizi seimbang dan cukup.

- Berikan minuman yang cukup dan makanan yang mudah dicerna, kerana anak yang terkena campak akan terkena infeksi lain, seperti radang tenggorok, flu, atau lainnya. Walaupun telah sebulan sembuh, daya tahan tubuh penderita yang masih lemah.

- Berikan ubat penurun panas bila demam. Ubat dan cairan yang cukup haruslah diberi agar tidak terjadi dehidrasi.

- Lakukan pengubatan yang tepat dan dibawah pengawasan doktor.

SUZUKI KIZASHI BERTENAGA SEHEBAT FERRARI...!!!

CALIFORNIA- Suzuki Kizashi merupakan sedan sport yang terbaru dari Suzuki. Namun model ini telah membuktikan bahawa ia mampu mencatatkan rekod dunia.

American Suzuki Motor Corporation (ASMC) telah berjaya melakukan modifikasi ke atas sedan Suzuki tersebut dengan berjaya mencatatkan kelajuan sehingga 327.855 km/jam dan mengukir prestasi sebagai Kizashi terpantas di dunia. Rekod ini juga berjaya dihasilkan dengan memadamkan catatan waktu sebelumnya iaitu 325.571 km/jam.

Pencapaian kali ini telah dilakukan oleh Road & Track International editor, Sam Mitanidi, di litar Bonneville Salt Flats. Litar ini memang terkenal sebagai trek untuk menguji kelajuan maksimum dari sebuah kenderaan bermotor sebelum akhirnya mencatatkan rekod dunia.

Apa yang membuatkan Kizashi ini begitu istimewa? Ternyata idea disebalik kejayaan ini merupakan ilham dari Holdener/Habrzyk. Mereka telah membuat perubahan baru kepada model Kizashi. Misalnya ialah dengan melakukan port and polish kepada cylinder head, menukarkan intake manifold kepada yang baru, header berekaan long tube, serta ditambah forged piston untuk mencapai keluaran tenaga yang maksimum pada putaran enjin yang tinggi.

Seiring meningkatnya keluaran tenaga ini juga telah menuntut Kizashi untuk dibekalkan dengan sistem intercooling air-to-water. Bahagian saluran juga diganti paip tambahan 3.5 inci yang difabrikasikan berserta motor turbo.

Untuk memastikan ia agar tetap melekat dengan stabil di atas trek sepanjang 1.921 m, pasukan ASMC juga menggunakan parasut di bahagian belakang, sebuah penyekat aluminium, tayar drag serta cermin tingkap dibahagian belakang yang dimatikan.

Dengan semua perubahan itu maka Kizashi kini layak pula untuk beradu tenaga dengan Ferrari mahupun Lamborghini.

MORAL UNTUK AKU : Apasal banyak orang skang gila main Drag dan Drift...???

Rabu, 24 November 2010

WOW...!!! HONDA CIVIC "BERBAJU" TOYOTA

Honda dan Toyota merupakan dua pembuat kereta yang berbeza dan saling bersaing sesama sendiri dalam merebut perhatian pengguna di seluruh dunia.

Namun di tangan pengguna itu sendiri pula antara Honda dan Toyota boleh disatukan. Anda mahu bukti? Lihat saja Honda Civic yang memakai bodypart Lexus IS dan Toyota Crown yang ditangkap oleh kamera Paultan, di satu stesen minyak.

Sisi kiri dan kanan dari sedan berwarna hitam itu jelas mengisyaratkan bahawa basic model tersebut merupakan Honda Civic. Tapi bila melihat sisi belakang sang empunya mengadaptasinya dari Lexus IS. Sementara di bahagian hadapan lebih mirip Toyota Crown. Oh yea...!!!

Meskipun demikian tema bercampur-campur yang ditampilkan ini telah menghasilkan sebuah karya yang patut dipuji. Masakan tidak, facelift Toyota Crown begitu sempurna disatukan dengan bahagian depan Civic yang asalnya serba meruncing.

Sementara itu, sang pembina modifikasi juga sepertinya fasih menterjemahkan bentuk belakang Lexus IS pada bontot Civic. Proses mengganti facelift dan penggantian bahagian belakang juga tidak membuatkan Civic terlihat semakin aneh, justeru sebaliknya, sedan ini tampil makin mewah yang bergaya VIP.

Agar nampak lebih mahal sebagaimana layaknya Lexus, sang empunya model menerapkan sistem suspensi udara pada suspensi-suspensinya yang juga telah di upgrade dengan tayar berdiameter besar. Hasil akhirnya, Civic-Toyota itu hadir lebih rendah sehingga hampir mencecah jalanraya.

Tidak ketinggalan ornamen-ornamen kecil seperti lis krom serta logo yang dicelup dengan warna gold juga menghiasi model tersebut.

Namun tidak ada perincian foto yang menggambarkan interior dari Civic ini. Apakah sang pemilik masih tetap dengan rekaan kabin Civic yang sporty atau malah telah merombak habis-habisan menjadi model Toyota Crown, tiada siapa yang tahu.

Walaupun demikian idea untuk menggabungkan dua brand sekaligus dalam satu produk boleh diberikan pujian. TAHNIAH...!!!


MORAL UNTUK AKU : Apalagi lepas ni kita pakat-pakat buat HONDA CITY berbaju VIOS pulak...amacam...hahahakuketawa...!!!

FORD AKAN BAWAKAN FOCUS VERSI COUPE...!!!

Setelah enjin turbochanger yang digunakan Focus ST gagal memenuhi standard emisi Euro V yang lebih ketat, kini Ford meluncurkan model hatchback coupe dengan menggunakan enjin yang rendah emisi.

Seperti yang dipetik dari Autoevolution, model tersebut yang akan berada di pasaran bakal menjadi pesaing kepada VW Scirocco.

Dengan menggunakan platform daripada Ford Focus terbaru, versi Coupe ini khabarnya akan diperkenalkan terlebih dahulu pada pameran kereta Detroit Auto Show 2011. Sama seperti Focus dan Fiesta terbaru, coupe ini akan menjadi model produk global Ford.

"Perancangan kami selalunya adalah untuk menempatkan Ford pada lineup produk yang berjaya," kata Ketua Rekabentuk Ford Eropah, Martin Smith, dipetik dari sumber yang sama. "Sekarang kita telah melakukannya, kita dapat mulakan dengan membuat produk yang lebih menarik dan kami akan menunjukkan bagaimana kami akan melakukan hal ini di Detroit," tambahnya.

Model baru ini secara penampilannya lebih mirip dengan Focus biasa, meskipun ianya sedikit lebih panjang, lebih lebar dan rendah, sehingga membuatnya terlihat lebih energetik.

Coupe baru ini akan menggunakan sistem penggerak roda front wheel drive yang sama dengan Focus ST, tapi akan ada sedikit rekaan untuk meningkatkan kestabilannya. 
Sedangkan untuk sumber tenaganya, model ini akan menggunakan enjin 2.0 ecoboost turbocharged, yang akan menghamburkan tenaga sebesar  247 hp.

Dengan tenaga enjin sebesar itu, ianya mampu membawa Ford Focus coupe tersebut mencapai kelajuan dengan kecepatan 100 km / jam dalam waktu sekitar 6 saat dan bila pedal gas terus diinjak, memungkinkan ia untuk mencapai kelajuan tertinggi 250 km/h.
Dari khabar yang beredar, setelah diperkenalkan dihadapan umum, Ford akan segera memproduksinya pada tahun 2012.

MORAL UNTUK AKU : Apasal PROTON taknak keluarkan model yang berbentuk seperti ini...??? 

DOALAH UNTUK ORANG TUA KITA AGAR DIMURAH REZEKI...!!!

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada ke...dua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .... tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya..... tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba. Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

CANTIKNYA LELAKI...HEBATNYA WANITA...!!!

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Dipetik dari tulisan oleh : Azieah Azman

SEBAB MATA LELAKI GEMAR LIHAT BADAN WANITA...!!!

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.


Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.


Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.


Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.


Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
Dipetik dari tulisan oleh : I LUV ISLAM

KOENIGSEGG TREVITA 2010 - KERETA TERMAHAL DI DUNIA...!!!

LONDON- Berdasarkan harga jualan off the road sampai akhir Oktober 2010 lalu, Koenigsegg Trevita 2010 merupakan kereta termahal di dunia. Apa keistimewaannya?
Pertama yang membuat model ini begitu istimewa tentulah harganya. Model Swedia itu berharga USD2.21 juta atau RM 7 juta. “Model ini dilengkapi dengan Koenigsegg bodywork yang ditaburi berlian, sistem hiburan tercanggih, instrument cluster chrono, sehinggakan beg udara dan peranti pemantau tayar yang khas,” kata Carsandreviews, Ahad (21/11/2010).

Pihak produksi mengungkapkan, model ini dipasangkan enjin 4.700 cc dan dilengkapi twin supercharger, serta menggunakan bahan bakar biofuel. Tenaga yang dihamburkan oleh enjin ini dicatatkan sehingga 1.004 daya kuda pada 7.200 rpm dan tork sebesar 782 lb-ft pada 6.100 rpm.

Keistimewaan model ini semakin menjadi-jadi kerana Koenigsegg hanya mengeluarkan sebanyak tiga unit sahaja. Satu unit Trevita Koenigsegg ada di garaj presenter terkenal Amerika Syarikat (AS), Jay Leno sedangkan satu unit lainnya ada pada seorang milllionair di Afrika Selatan. Unit terakhir masih lagi menjadi misteri kerana Koenigsegg memang tidak pernah mahu memberitahu identiti pemilik model-model istimewa mereka.

Sebenarnya Trevitta diambil dari model Koenigsegg lainnya iaitu Koenigsegg CCXR. Sebelum melahirkan Trevitta Koenigsegg, produksi model asal Swedia itu pernah meluncurkan Koenigsegg CCXR Edition. Seperti Trevitta, Edition juga memiliki harga yang luar biasa mahalnya. “Kami tidak akan pernah menjual model murah. Model-model yang kami ciptakan walaupun sedikit tetapi haruslah lebih mahal dari Bugatti Veyron,” ujar CEO Koenigsegg Dag Alexander Hoili.

Sejak pertama kali dibentuk pada 1994 oleh Christian Von Koenigsegg, perusahaan ini tidak pernah terfikir untuk memproduksikan model-model yang berharga jutaan dolar. Yang ada di fikiran Christian Von Koenigsegg waktu itu hanyalah membuat model yang eksotik namun memiliki kelajuan terhebat.

Keinginan Christian Von Koenigsegg terwujud ketika pada 1996, perusahaan yang beliau bangunkan telah menwujudkan Koenigsegg CC. Hebatnya kelajuan Koenigsegg CC berhasil untuk mengalahkan kelajuan model McLaren F1 waktu itu.

Koenigsegg CC berhasil mencipta kelajuan maksimum iaitu 388 kilometer per jam. Prestasi tersebut kembali berulang ketika Christian Von Koenigsegg membuat kesinambungan kepada Koenigsegg CC yakni Koenigsegg CCX. Model ini mampu mencipta kelajuan pada 0-300 kilometer per jam hanya dalam waktu 29 saat.

Dunia automotif pun terkejut kerana perusahaan kecil yang ada di kawasan Helsinborg itu mampu membuat model-model yang fantastik. Seperti Trevitta,Koenigsegg CCX juga merupakan salah satu model termahal di dunia.

Dag Hoili merupakan salah satu tokoh yang memberikan nafas baru kepada Koenigsegg. Seperti disebutkan tadi, Christian Von Koenigsegg hanya fokus kepada perkembangan tentang kelajuan. Namun pembinaan itu terganggu ekoran krisis ekonomi.

Koenigsegg yang beliau usahakan hampir muflis. Dari situlah Dag Hoili datang. Pengusaha kaya raya yang berasal dari Sweden ini terus melaburkan sejumlah modal bagi Koenigsegg. Lalu beliau pun menciptakan suatu pembinaan baru iaitu membuat model-model super eksklusif sehingga kini.

MORAL UNTUK AKU : Kereta mahal-mahal dan laju-lajupun insuran ngan roadtax tetap kena bayar setiap tahun...hahahakuketawa...!!!